Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan islam dan umatnya. masjid juga adalah tempat untuk umat islam beribadat dan merupakan pusat penyebaran dakwan dan ilmu-ilmu seperti solat berjemaah, pengajian agama serta perhimpunan keagamaan.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {المَسْجِدُ بَيْتُ كُلِّ مُؤْمِنٍ}
Nabi saw. bersabda, “Masjid adalah rumahnya setiap mukmin.” Hadis ini diriwayatkan oleh imam Abu Nu’aim dari sahabat Salman dalam kitab Hilyatul Auliya’ dengan sanad yang dhaif namun memiliki syawahid (hadis yang diriwayatkan oleh sahabat lainnya dengan maksud yang sama). Menurut imam An-Nawawi Al-Bantani di dalam kitab Tanqihul Qaul Al-Hatsits mengatakan bahwa maksud hadis ini adalah setiap muslim itu memiliki hak yang sama di dalam masjid. Namun begitu, pada zaman kini, majlis semakin sunyi dengan kehadiran jemaah jemaah yang berusia. Lebih-lebih lagi pemuda kini sibuk dengan dunia dan menyebabkan masjid masjid yang sudah lama tidak dikunjungi menjadi usang. Ianya dapat memberi kesan kepada imej umat Islam di Malaysia. Adakah anda tidak tahu bahawa mengunjungi masjid dapat memantapkan lagi akhlak kita sebagai umat Islam? Jadi , kita sebagai umat islam sepatutnya mengimarahkan lagi suasan di masjid.
Fungsi Masjid yang Terhad
Masjid yang boleh mempelbagaikan fungsinya mampu menarik masyarakat Islam untuk terus istiqamah mengimarahkan masjid. Namun secara umumnya banyak masjid yang masih kekal dengan fungsi asasnya sebagai tempat ibadah khusus dan beberapa urusan lain. Para informan diminta memberi pandangan tentang keterbatasan fungsi masjid yang secara langsung memberikan kesan kepada pengimarahan dan kehadiran ke masjid. Temu bual mendapati sembilan daripada sepuluh (9/10) informan bersetuju bahawa fungsi masjid ketika ini kebanyakannya terhad, manakala terdapat seorang informan kurang bersetuju. Semua informan mengesahkan kenyataan bahawa fungsi kebanyakan masjid pada ketika ini terhad dan terbatas kepada aktiviti rutin seperti solat berjemaah, kuliah, urusan pernikahan, kematian dan ibadah korban.
Tidak banyak masjid yang mampu menjalankan aktiviti yang melibatkan komuniti yang lebih luas seperti program bersama persatuan penduduk, riadah dan kesukanan atau sambutan program tertentu melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam. Keterbatasan ini dapat dikaitkan dengan beberapa kekangan seperti pemikiran ahli jawatankuasa masjid (AJK) yang tidak terbuka dan segelintir masyarakat yang menganggap program atau aktiviti seperti klinik usahawan, kempen kesihatan, pusat kaunseling, kelas tuisyen, kelas pertahanan diri dan sebagainya tidak boleh dianjurkan di masjid. Kenyataan informan ini disokong oleh beberapa pengkaji seperti Razaleigh Muhamat@Kawangit (2006). Beliau menyatakan sedikit kehadiran ke masjid ini berlaku kerana wujudnya masyarakat Islam yang telah mengasingkan peranan masjid ini dengan urusan kehidupan yang lain. Perkara ini turut dipersetujui oleh Lokman Ab Rahman dan Musa Ahmad (1996) serta Zaludin Sulaiman (1995). Informan yang kurang bersetuju berkaitan fungsi yang terhad menyatakan bahawa bukan faktor fungsi masjid yang terhad tetapi kemudahan masjid yang terhad menyebabkan berlakunya permasalahan ini. Banyak juga masjid tidak dapat menyediakan kemudahan yang sesuai atas beberapa kekangan seperti kewangan, keluasan persekitaran masjid yang terhad, lokasi yang kurang sesuai dan masyarakat sekitar yang tidak membantu. . Keperluan bersosial dan keperluan hidup yang lain boleh diuruskan di kawasan masjid atau pun berhampiran kawasan masjid. Namun, ia juga tertakluk kepada kesesuaian aktiviti dengan lokasi dan keluasan persekitaran masjid. Fungsi masjid ketika ini dilihat semakin rancak dipelbagaikan terutamanya di kawasan bandar. Dengan tahap pendidikan masyarakat yang semakin baik dan berminat dengan Islam. Fungsi yang pelbagai ini secara tidak langsung dapat menarik masyarakat Islam untuk ke masjid tidak hanya pada waktu solat sahaja.
USAHA-USAHA YANG PELRU DIBUAT UNTUK MENARIK GOLNGAN MUDA
Islam meletakkan generasi muda pada kedudukan mulia dan hal ini berbeza berbanding pada zaman sebelum kedatangan Islam. Jika dalam masyarakat Arab jahiliah, bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya, tetapi sejurus selepas terpancar nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab, acuan itu mula dicorakkan kepada konteks lebih luas, global, punya nilai dan beradab.
Rasulullah SAW berpesan supaya ummah memberikan perhatian kepada mendidik dan menjaga belia dalam sabda Baginda bermaksud: “Aku berpesan kepada kamu supaya memberi perhatian kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka lembut. Allah mengutuskan aku membawa agama hanif lalu pemuda menyokong aku sedangkan orang tua menentang aku.
Al-Quran dan al-sunnah sarat dengan contoh generasi pemuda yang diiktiraf berjaya di sisi Allah. Kisah anak muda dalam surah al-Kahfi ialah pengiktirafan yang dinyatakan secara jelas oleh Allah kerana mereka beriman dan mempertahankan sifat takwa walaupun berdepan pemerintah zalim. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi: 13)
1)MEMBUAT PUSAT REAKRIASI DAN GELANGGANG
Kebiasaanya pada waktu petang , pemuda mahupun keluarga yang mempunyai anak-anak kecil amat gemar beriadah seperti bermain bola, skateboard bersiar-siar dan sebagainya. Jadi, pihak masjid perlulah memainkan peranan yang penting untuk membina satu gelanggang ataupun padang serta taman permainan untuk anak muda dan anak-anak kecil di kawasan perumahan. Aapabila sudah tiba waktu azan, merak akan singgah ke majsid untuk jemaah sama-sama. Langkah tersebut dapat menaikkan lagi persepsi yang baik untuk anak muda maupun aak kecil jika dipupuk pada mula dan menjadi kebiasaan.
2)ORGANISASI YANG MANTAP
Organisasi setiap masjid amat penting untuk memainkan perananya untuk memajukan sesuatu masjid.Pemilihan AJK masjid amat penting. Ianyanya bukan sekadar melengkapkan takwim tahunan.AJK harusnya teliti dan serius untuk menjaga keamanan masjid supaya pemuda lagi menarik kemasjid. Untuk memantapkan lagi organisasi, AJK yang tidak terbiasa dengan situasi seharusnya dilatih dengan mengahdiri kerja khursus atau persidangan dimana-mana luar peringkat. Langkah tersebut dapat menaikan masjid-masjid yang mempunyai organisasi yang mantap.
3)KEMUDAHAN YANG SELESA
Keselesaan merupakan aspek yang penting bagi setiap para jemaah yang kunjuni masjid dengan menyediakan penghawa dingin supaya jemaah tidak terasa panas apabila solat bersama-sama lebih-lebih lagi apabila solat Jumaat. Menyediakan water cooler seperti Coway atau Cuckoo untuk para jemaah yang haus dan jemaah tak perlu lagi membawa bekalan air untuk ke masjid. Alquran juga perlulah disediakan untuk para jemaah supaya tidak perlu lagi membawanya dari rumah. Mudahkan?Tidak lupa juga pemansangan WIFI jika kawasan itu tiada rangkaian.
4)MENGADAKAN KELAS FARDHU AIN
Dalam hal ini, keluarga digalakkan untuk menghantar anak-anak ke masjid untuk sertai kelas fardhu ain yang dianjurkan oleh pihak AJK masjid seprti mengaji, kelas tuisyen dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan . Sejurus itu, ianya dapat memantapkan lagi akhlak seseorang jika menyertai kelas fardhu ain yang dilakukan dimasjid. Selain itu, kelas fardhu ain tidak semestinya menaji, malah mendengar ceramah juga dapat memantapkan lagi iman. Caranya ialah memanggil penceramah yang terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Kazim Ellias yang dikenali ramai. Jadi , pemuda lebih berminat untuk menyertai program tersebut.
Kesimpulannya, harapan Islam kepada generasi muda, remaja atau belia amat tinggi, justeru pengiktirafan ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti, bukan sekadar retorik atau omong kosong. Benar dan tepat kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah, tetapi Allah lebih cinta generasi muda yang bersedekah, Allah juga mencintai mereka yang beramal, tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal. Allah mengasihi orang beribadat, tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadah. Oleh itu sebagai umat islam kita juga haruslah memainkan peranan untuk mencari jalan bagi mengambil perhatian golongan muda untuk sentiasa mengunjungi masjid agar masjid tidak lagi sunyi.